Sunday, January 8, 2012

Kuih Kaswi Pandan

Hmm...agak lama juga saya tak mencuba resepi baru dan berkongsi resepi dengan pembaca semua.
Sebenarnya, dah lama saya teringin untuk mencuba dan merasa kuih ini. Kebanyakkan yang dijual hanyalah kuih kaswi gula melaka sahaja. Terfikir di hati macamalah agaknya rasa kuih kaswi pandan ini ye?. 

Pagi tadi, setelah menyiapkan tempahan Talam Sago Tokyo saya pun mencuba resepi ini. Mula-mula tu, terfikir juga apa nak buat dengan lebihan air pandan talam tadi. Bila teringatkan kuih kaswi pandan yang pernah dibaca dalam satu blog, saya pun terus meng'google' mencari resepinya. Resepi ini saya ambil dari blog ermaheryzal. Tapi saya dah ubahsuai sedikit mengikut citarasa saya. Minta share ye tuan punya resepi.Terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi dengan kami.

Kuih Kaswi Pandan

Resepi

Bahan-bahannya :-

2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
½ cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 sudu besar air kapur 
1 cawan air
2 cawan air (daun pandan yang telah dikisar)
1/8 air abu soda (resepi asal tak letak)
Sedikit pandan essense dan pewarna hijau (resepi asal tak letak)
Kelapa parut (ambil putih sahaja) digaul dengan sedikit garam

Cara-cara :-

1.Campurkan semua bahan kecuali kelapa parut dan digaul sebati. 
2.Tapiskan adunan ke dalam periuk.
3.Dengan api perlahan, kacau adunan dengan kaedah naik wap. Jangan sampai mendidih pulak. Agak-
   agak nampak ada sedikit ketul-ketul di keliling periuk, tutup api.
4.Tuang di dalam acuan 8" bulat yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukus hingga masak.
   Lebih kurang 25-30 minit.
5.Hidang bila kuih telah sejuk bersama dengan kelapa parut tadi.

Rasa kuih ini memang sedang-sedang elok sahaja. Kenyal-kenyal gitu. Tapi, jika anda mahu manis sedikit, boleh tambahkan lagi sedikit gula.Selamat mencuba!

2 comments:

  1. boleh kongsikan resepi anda disini http://kartikel.com/category/masakan

    ReplyDelete
  2. @kartikel.com Ok .. Terima Kasih dan sudi2 la selalu masuk blog HoneyzDelights ye :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...