Tempahan apam polkadot ini saya terima dari kawan saya, Wan Elinna (bolehlah dikatakan sebagai customer tetap). Sepatutnya apam ini patut disiapkan pada minggu lepas. Oleh kerana terdapat perkara-perkara yang tak dapat dielakkan, baru hari ini saya berkesempatan untuk membuatnya. Nasib baiklah Ina ni penyabar orangnya. Kalau tidak, mungkin dia dah minta orang lain tolong buatkan apam ini.
Baru lepas kukus.Panas lagi.Tunggu sejuk baru boleh susun dalam kotak.
Apam ini adalah permintaan kedua-dua anaknya Nadira dan juga Amir untuk dibawa ke sekolah.
Close-up sikit.
Dah susun dalam kotak untuk di deliver pada customer.
No comments:
Post a Comment