Assalamualaikum......ini adalah menu terbaru dari Honeyz Delights, aneka talam. Mari kita lihat apa yang ada....
Assorted Talam
Talam Serimuka Durian
Seperti kuih serimuka, hanya kepala kuih serimuka sahaja ditukarkan kepada isi durian dan dicampur dengan sedikit gula merah. Memang kenalah dengan musim durian sekarang ini. Rasanya yang lemak dan dilapisi dengan pulut ini membuatkan para penggemar durian tak sabar untuk menjamahnya.
Talam Pulut Hitam
Lebih kurang kuih talam serimuka.Cuma pulutnya digantikan dengan pulut hitam dan kepalanya ditukar kepada kastard. Memang sedap untuk para penggemar pulut.
Kuih Lapis Melayu
Kuih yang tidak asing lagi dikalangan kita semua.
Kuih Lapis Lobak Merah
Bingka Pandan/Kemboja
Di antara kuih-muih Melayu yang menjadi kegemaran ramai.
Bingka Susu Utara
Kuih bingka yang sangat mudah penyediaannya dan sedap pula dimakan!
Talam Lapis Jagung Hitam Manis
Lapisan bawah talam adalah dari tahi minyak. Lapisan kedua adalah agung dan di atas sekali adalah bancuhan tepung dan santan. Rasa lemak-lemak jagung memang menyelerakan.
Tunggu apa lagi, tempahan dibuka sekarang.
No comments:
Post a Comment