Saturday, July 2, 2011

Majlis Tahlil dan Aqiqah

Hari ini memang hari yang sibuk untuk saya. Selepas selesai dengan tempahan dari Cikgu Saimah, saya telah membuat lagi satu jenis kuih talam untuk diberi kepada jiran sempena dengan Majlis Tahlil dan Aqiqah. Nak tahu apa yang saya buat? Jom layan gambar di bawah.

Aneka Talam


 Talam Serimuka Delima - size 10" x 10"

Kenapa dinamakan delima ya? Kerana lapisan bawahnya adalah campuran beras pulut dan juga sago yang diwarnakan dengan warna merah jambu. Apabila kuih ini dipotong, kita akan nampak bintik-bintik sago yang berwarna merah jambu itu.

Aneka Talam

Lapisan atasnya pula adalah campuran tepung kastard dan juga santan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...