Alhamdulillah....pada bulan Mac'14 tempoh hari, kami telah menerima tempahan mega untuk Kek Coklat Cheese ini.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Salmi dari Syed Bistro, Petaling Jaya dengan tempahan ini.
Kami pun kena turun padang juga ke tempat berlangsungnya event untuk projek ini...hahaha
Kek untuk hidangan 1500 tetamu di PICC.
Ada lebih kurang 100biji lebih kek menanti untuk dipotong.
Upacara memotong telah bermula....
Si kecik sibuk nak enterframe....masa ni kat dalam kitchen di tempat event.
Kami diberi sebuah bilik (kitchen) untuk acara memotong kek ini.
Yang ni dalam chiller...dah siap potong...
Hmmm...yang ni dah siap hias...beratur untuk dihidangkan saja..kerja menyusun dan menghias ini adalah bantuan daripada kakitangan Syed Bistro.
Sungguh cepat mereka ini menyusun dan menghias kek..maklumlah..semua dah terlatih dan berpengalaman....
Hehehe...yang ni pula saya ambil semasa mereka bertungkus-lumus menyusun hidangan untuk tetamu...nampak sedap jer udang tu... Udang Goreng Tepung...nymmm...nyumm...
No comments:
Post a Comment