Wednesday, November 2, 2011

Fruit & Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera........

Hari-hari yang sibuk sampai tak sempat nak update blog ni. Sebenarnya, malas pun ada juga.Tapi nak buat macamana yea, business tetap business. Kalau malas, kuranglah masuknya. Kalau lebih usaha a.k.a rajin insya-Allah, adalah lebihnya.. Betul tak kawan-kawan sekalian?
Okaylah, pada minggu lepas ada beberapa tempahan yang telah saya terima dari kawan-kawan dan juga beberapa customer baru dan lama.

Tempahan ini saya terima dari Rena. Rena ni sudah beberapa kali menempah dari saya. Terima kasih dengan kepercayaan yang diberi. Sebenarnya, saya kesian kat Rena kerana terpaksa menunggu 2-3 hari baru dapat merasa fruit & cheese tart ini. Maklumlah, nak buat tart ni leceh sikit kena 2-3 kali kerja. Mula-mula, buat shell, lepas tu buat kastard dan adunan cheese, kemudian susun buah dan paip cheese, akhir sekali barulah dibakar semula cheesenya.

Tart

Tart

Terima kasih Rena, kerana sudi menempah lagi dari saya. Rena ni baik orangnya. Dia juga telah mempromote produk 'honeyz-delights' kepada member-member di ofisnya.
Terima kasih lagi sekali ya Rena. Saya terhutang budi pada awak.... :-) . Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa awak..

P/S : Harap maaf, gambar kurang memuaskan.


1 comment:

  1. No prob linda..produk awk sedap2 pe salahnye promote kat org lain..mudah2an murah rezeki awak sentiasa yea :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...