Monday, October 17, 2011

Marathon Butter & Marble Cake

Sehari selepas menempah cupcakes red velvetnya, Rena telah menghantar email kepada saya kerana mahu menempah 200pcs butter dan marble kek bagi pihak officenya.

Kek ini hendaklah disiapkan dan dihantar pada hari Sabtu, 15/10/2011. Tapi malangnya, saya ni hanyalah bakers yang membuat bisness kecil-kecilan. Oven dan mixer pun satu sahaja. Maka, terpaksalah memasak kek ini sebiji demi sebiji. Dari pagi sampai ke tengah malam pun dok membakar kek. Kesian juga pada Rena yang asyik bertanya bila keknya boleh dihantar. At last, jam pun sudah menunjukkan pukul 11.00 malam, saya menelefon Rena mengatakan kek ini tidak sempat dihantar pada malam itu. Kerana kek perlulah sejuk baru boleh dipacking dalam plastic. Jika tidak, rosak jadinya. Hanya pada pagi esoknya lebih kurang 5.45 pagi kek ini selamat dihantar di rumah Rena.

Cake

Kek butter dan marble yang telah siap dipacking dalam plastic.


Cake

200pcs dah masuk dalam kotak untuk dihantar pada Rena.

Ini adalah sms yang saya terima dari Rena pada malam tadi.

SMS

Alhamdulillah, terima kasih Rena.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...