Sunday, October 9, 2011

Blueberry Marble Cheese Brownies

Pada sesiapa penggemar coklat dan juga cheese, ini adalah berita baik untuk anda semua. Nak tahu apa dia? Haaaa...semestinya cik hitam yang masam manis rasanya iaitu BROWNIES. Memang sedap! Bukan nak puji diri sendiri tau...hehehehe.

Sebenarnya saya pun baru menuntut ilmu mempelajari cara membuat brownies ini. Tak rugi saya belajar dengan sifu saya, iaitu Mak Lang Azie. Terima kasih, Mak Lang...ada rezeki saya belajar dengan Mak Lang lagi yea!

Brownies

Size 10" x 10" = RM40.00

Sebab sedap sangat, tak sempat nak snap gambar masa balik dari kelas. Gambar ni saya buat esoknya sebab teringin sangat nak makan, lebihnya dibawa ke office untuk diberi pada rakan-rakan.

Alhamdulillah, mereka pun kata sedap juga......ada yang terus order nak esoknya.

Brownies

Brownies yang telah dipotong.

Brownies

Side view, nampak tak betapa moist dan gebunya brownies ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...