Ha...ini adalah produk terbaru 'HoneyzDelights' iaitu Aneka Talam.Kalau anda semua nak tahu apakah jenis talam-talam yang ada, sila scroll ke bawah ye.
Talam Sekoteng
Lapisan merah ini rasanya sama seperti kuih lapis. Manakala lapisan di bawah adalah sekotengnya.
Talam Lapis Peanut Butter
Talam ni saya paling suka. Lapisan hijau, merah dan putih rasanya sama seperti kuih lapis juga. Manakala lapisan di bawah adalah peanut butternya. Sebenarnya saya ni bukan penggemar peanut butter. Kerana bagi saya peanut butter mempunyai bau kacang yang kuat. Tetapi, talam ini telah mengubah ekspresi saya..I Like.
Talam Roti Paun
Talam roti paun (di barisan tengah) ni dibuat dari roti sandwich biasa dan dicampur dengan kismis hitam dan susu. Rasanya lemak-lemak manis. Anda berminat dan ingin mencuba? Tempahan dibuka sekarang.
Talam Cendol Gula Melaka
Rasanya talam ni tak perlu diperkenalkan lagi...semua orang sudah tahu....lapisan atas yang berwarna coklat itu adalah gula melaka dan di bawah adalah cendolnya.
Talam Jagung Hijau Kuning
Kuih talam jagung ini pun rasanya tidak perlu saya perkenalkan juga. Semua orang sudah mengenalinya.
Talam Marble Carribean
Agak-agak anda tahu tak ni talam apa? Talam ini sebenarnya diperbuat dari kacang merah. Sedap dan sangat menarik dengan corak marblenya.
Talam Sago Tokyo
Anda pernah makan tak talam sago tokyo ini? Talam ini juga menjadi kegemaran saya. Lapisan di atas rasanya seperti kepala seri muka. Manakala lapisan di bawah adalah campuran sohun, kelapa parut dan juga sago. Lembut sekali apabila dikunyah...belum cuba belum tahu tau.....sudah cuba mesti hendak lagi.
Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, adik-adik dan kakak-kakak jika ingin mencuba talam-talam ini jangan malu dan jangan segan, silalah hubungi saya di nombor yang tertera ya! Email pun boleh juga.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment