Saturday, December 4, 2010

Kek Gula Hangus

Cakes


Ada yang panggil Kek Gula Hangus dan ada pula yang kata Kek Sarang Semut. Sebenarnya dah lama saya nak cuba membuat kek ni. Pada Hari Raya Aidiladha yang lalu,s empatlah saya mencuba resepi ini. Alhamdulillah....menjadi dan sedap pula tu! Terima kasih pada tuan punya resepi asal.

Di bawah ni saya kongsikan bersama-sama resepinya.

Bahan-bahan untuk karamel :-
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega)


Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati-hati sebab nanti dia meletup-letup. Tutup api & cepat-cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair. Ketepikan.

Bahan-bahan untuk kek :-
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara penyediaan :-
1. Pukul telur sampai kembang & pekat.
2. Masukkan susu pekat dan kacau lagi dengan mixer. 
3. Masukkan tepung & soda bikarbonat yang telah diayak bersama esen vanila. Pukul lagi dengan mixer
    dan akhir sekali baru dimasukkan gula hangus tadi.
4. Kemudian adunan dipukul lagi dan dibiarkan selama 3-4 jam (dalam bekas tertutup) untuk mendapatkan  
    'span'yang cantik.
5. Selepas diperap, tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega (tanpa menggodak 
    adunan itu) .
6. Bakar dengan suhu 160C selama 45 minit (mengikut jenis oven anda). Menggunakan api bawah sahaja 
    dan  pada 20-30 minit terakhir, gunakan pula api atas bawah. Apabila masak, keluarkan dari oven dan 
    sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Resepi asal adunan dipukul dengan menggunakan blender.

Sumber : Kak Halimah@resipidiana.blogspot.com

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...