Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Sempena kembalinya bulan Ramadhan pada tahun ini, kami di Honeyz-Delights ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kenalan dan juga para pelanggan kami. Semoga dengan Ramadhan kali ini dapatlah kita bersama-sama menambahkan lagi amal ibadat di bulan yang mulia ini.

Untuk pengetahuan semua, kami masih menerima semua jenis tempahan seperti biasa di bulan Ramadhan ini. Terima kasih.

Ucapan

Novelty Cake

Haaa...Novelty Cake ini pula adalah 1st order juga dari officemate, Siti Suhaila. Kek ini untuk celebrate birthday anak sulungnya Yasmin yang ke 6 tahun. Katanya buatkan theme princes@barbie. Memandangkan saya menerima tempahan ini agak lewat, inilah sahaja yang saya dapat buat untuk birthday girl. Puas mencari patung-patung di kedai untuk hiasan kek ini, semuanya tak ada stok. Diharap Siti sekeluarga berpuas hati ye....

Cake
Chocolate Fudge Cake - 9" x 9"

Cake

Cake

Kuih Talam

Assalamualaikum....pagi Sabtu baru ini, saya telah membuat Kuih Talam Tokyo.Ini adalah repeat order dari Cik Fuzah. Katanya kuih ini menjadi 'favoritenya' sekeluarga.

Kuih talam durian pula sebanyak 2 loyang saya terima dari Cikgu Saimah. 

Aneka Talam

Terima kasih semua kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat kuih-kuih ini.
Diharap, anda berdua berpuas hati. Sudi-sudilah menempah lagi.

Thursday, July 28, 2011

Happy 1st Birthday Alia Batrisya

Tempahan cuppies ni saya terima dari Kak Ida Klang Branch juga , untuk 1st birthday for the only daughter in the house. Cayanggg...dia!

Cupcakes


Cupcakes

Cupcakes

Semua cuppies dalam kotak ni untuk diberi pada kanak-kanak di taska Batrisya.

Happy Birthday Boss!

Kek ini adalah tempahan dari ex-officemate Salman dan Kak Ida dari AXA Affin Klang Branch. Katanya kek ini surprise for Branch Manager Birthday's, Roy yang jatuh pada hari Rabu yang lepas 27/07/2011. Ermmm yang ke berapa tahun ni bos?? Tolong jawab..hehehe

Cake

Cake

Size 9"

Terima kasih buat Salman dan Kak Ida....diharap anda berdua berpuas hati dengan kek saya. Kalau sedap, orderlah lagi!

Sunday, July 24, 2011

Talam Lagi....

Assalamualaikum......ini adalah menu terbaru dari Honeyz Delights, aneka talam. Mari kita lihat apa yang ada....

Aneka Talam

Assorted Talam

Aneka Talam

Talam Serimuka Durian

Seperti kuih serimuka, hanya kepala kuih serimuka sahaja ditukarkan kepada isi durian dan dicampur dengan sedikit gula merah. Memang kenalah dengan musim durian sekarang ini. Rasanya yang lemak dan dilapisi dengan pulut ini membuatkan para penggemar durian tak sabar untuk menjamahnya.

Aneka Talam

Talam Pulut Hitam

Lebih kurang kuih talam serimuka.Cuma pulutnya digantikan dengan pulut hitam dan kepalanya ditukar kepada kastard. Memang sedap untuk para penggemar pulut.

Aneka Talam




Kuih Lapis Melayu

Kuih yang tidak asing lagi dikalangan kita semua.

Aneka Talam

Kuih Lapis Lobak Merah

Aneka Talam

Bingka Pandan/Kemboja

Di antara kuih-muih Melayu yang menjadi kegemaran ramai.

Aneka Talam

Bingka Susu Utara

Kuih bingka yang sangat mudah penyediaannya dan sedap pula dimakan!

Aneka Talam

Talam Lapis Jagung Hitam Manis

Lapisan bawah talam adalah dari tahi minyak. Lapisan kedua adalah agung dan di atas sekali adalah bancuhan tepung dan santan. Rasa lemak-lemak jagung memang menyelerakan.

Aneka Talam

Tunggu apa lagi, tempahan dibuka sekarang.

Chocolate Moist Cake

Haaa...Chocolate Moist Cake ni sebenarnya bayaran 'hutang' kepada Wan Elinna kerana menjadi regular customer saya, terima kasih ye.Kalau sudi orderlah macam-macam lagi. Chewah!

Cake

Chocolate Moist Cake ditaburi dengan chocolate rice dan juga almond.

Apam Polkadot...Dot..Dot

Tempahan apam polkadot ini saya terima dari kawan saya, Wan Elinna (bolehlah dikatakan sebagai customer tetap). Sepatutnya apam ini patut disiapkan pada minggu lepas. Oleh kerana terdapat perkara-perkara yang tak dapat dielakkan, baru hari ini saya berkesempatan untuk membuatnya. Nasib baiklah Ina ni penyabar orangnya. Kalau tidak, mungkin dia dah minta orang lain tolong buatkan apam ini.

Apam
Baru lepas kukus.Panas lagi.Tunggu sejuk baru boleh susun dalam kotak.

Apam ini adalah permintaan kedua-dua anaknya Nadira dan juga Amir untuk dibawa ke sekolah.

Apam

Close-up sikit.

Apam

Dah susun dalam kotak untuk di deliver pada customer.

Tempahan Kuih Talam

Alhamdulillah, cuti minggu ini saya menerima beberapa tempahan talam dan yang menjadi pilihan mereka adalah Talam Peanut Butter. Begitu juga saya!.....
 
Aneka Talam

Talam Peanut Butter yang dipotong 81pcs (potongan standard)
 
Terima kasih saya ucapkan pada Pn.Aisah dari AXA Affin General Insurans kerana telah menempah kuih talam pada saya. Ini adalah 2nd order darinya. Begitu juga kepada Cikgu Saimah, guru dari Sekolah Menengah Sri Selayang dan adalah 3rd order darinya. Tak lupa juga kepada Kak Mul dari Pandan Indah yang baru pertama kali menempah kuih talam ini dari saya. Kuih ini katanya sebagai hantaran pertunangan anaknya pada hari ini. Terima kasih semua kerana sudi menjadi customer saya.

Aneka Talam

Aneka Talam

Wednesday, July 20, 2011

Tutty Fruity Cheezy Cake

Cake
Assalamualaikum....agak lama juga saya tak mengupdate blog ini. Untuk makluman pembaca blog semua, kek di atas dibuat atas permintaan colleague saya iaitu En.Salman dari AXA Affin-Klang Branch. Katanya kek ini sebagai tester dulu sebelum dia promote to office-matenya yang lain. Sebenarnya saya pun tak tahu apakah flavour kek yang disukai oleh Salman ini. So, saya suggestlah Tutty Fruity Cheezy Cake ini. Hmmm...tak taulah apa feedback dia. Sedap ke tidak Salman? Anyway, terima kasih banyak-banyak sebab support my small bisness ini.

Tuesday, July 5, 2011

Happy Birthday Kak Nita & Siti

Assalamualikum....berjumpa kita lagi...
Mula-mula nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat officemate iaitu pada Kak Nita dan juga Siti. Yang ke berappa ye? Hehehe...dengan ucapan Semoga Panjang Umur dan Dimurahkan Rezeki serta Berbahagia Selalu.

Cake


Cake

Chocolate Mousse with Blueberry Filling 
Size 8"

Sempena dengan hari lahir mereka, saya telah buatkan kek ini untuk dinikmati bersama. Dan birthday girl...chewah..girl ke??? Hehehe jangan marah ye...dan Kak Nita pula telah membawa pulut kuning bersama rendang ayam.Apa lagi, dah namanya orang bagi kami pun bedal jer lah.Hahaha....Sungguh sedap rendang Kak Nita. Terima kasih kak......

Saturday, July 2, 2011

Happy Anniversary

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan diucapkan kepada bekas officemate saya iaitu Wan Elinna Binti Meor Mohamad Ali dan suaminya Encik Zailan. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat dan happy selalu di samping anak-anak tercinta. Sempena dengan ulang taun perkahwinannya, Elinna telah menempah sebiji kek coklat moist sebagai "surprise" untuk meraikannya bersama keluarga. Diharap Elinna berpuas hati dengan kek saya.

Cake

Cake

Kek Coklat Moist - 1kg

Thanks Elinna for your support!!

Majlis Tahlil dan Aqiqah

Hari ini memang hari yang sibuk untuk saya. Selepas selesai dengan tempahan dari Cikgu Saimah, saya telah membuat lagi satu jenis kuih talam untuk diberi kepada jiran sempena dengan Majlis Tahlil dan Aqiqah. Nak tahu apa yang saya buat? Jom layan gambar di bawah.

Aneka Talam


 Talam Serimuka Delima - size 10" x 10"

Kenapa dinamakan delima ya? Kerana lapisan bawahnya adalah campuran beras pulut dan juga sago yang diwarnakan dengan warna merah jambu. Apabila kuih ini dipotong, kita akan nampak bintik-bintik sago yang berwarna merah jambu itu.

Aneka Talam

Lapisan atasnya pula adalah campuran tepung kastard dan juga santan.

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Seperti yang kita semua sedia maklum, hari ini iaitu 2hb July 2011 telah dilancarkan Program Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia secara serentak di seluruh negara. Saya pun sebenarnya dari awal pagi telah berlari ke dapur untuk menyiapkan tempahan dari Cikgu Saimah dari Sekolah Menengah Seri Selayang sempena program ini.Cikgu Saimah telah menempah 3 jenis talam iaitu :-

Aneka Talam

a) Talam Sekoteng - size 10" x 10"

Aneka Talam

Aneka Talam

b) Talam Lapis Peanut Butter - size 10" x 10"

Aneka Talam

Aneka Talam

c) Talam Marbe Kacang Merah - size 10" x 10"

Aneka Talam

Terima kasih cikgu kerana sudi "mengorder" dari saya. Diharap cikgu berpuas hati dengan hasil kerja saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...